Tuesday, March 22, 2011

Lawatan ke Phuket dan Krabi 2011





13/3/2011
Bertolak dari Padang Besar ke Wang Kelian. Berhenti untuk pemeriksaan Imigresen dan mendaftar kenderaan dengan Kastam Thailand. Singgah untuk beli pulut ayam untuk bawa belal dalam perjalanan ke Krabi.

Dalam perjalanan singgah di masjid untuk makan pulut ayam kerana hari dah lewat. Lebih kurang dua jam perjalanan sampai di pekan Trang. Singgah di stesyen keretapi Trang untuk lawatan dan Stesyen keretapi Trang adalah stesyen terakhir sebelah barat Thailand dari Bangkok.

Meneruskan perjalanan ke Krabi dan dua jam perjalanan sampai di Lapangan terbang Krabi. Lapangan terbang Krabi hanya boleh dilawati dari luar bangunan sahaja. Singgah untuk makan di restoran muslim. Peniaga kurang fasih berbahasa Melayu. Kami bernasib baik keran ada seorang lelaki Thai yang makan bersebelahan meja kami menolong untuk buat pesanan kepada kami. Pemuda tersebut berasal dari Setoi dan kini menetap di Krabi dan dalam perjalanan untuk ke Pulau Pinang.

Setengah jam dari restoran tersebut kami sampai di bandar Krabi dan Check In di Maritime Sra dan Resort untuk bermalam disini. Harga untuk bilik keluarga disini ialah RM 250.00

Lepas check-In kami terus ke pusat bandar dan sewa bot untuk lawatan ke gua dan Kelong serta restoran terpung untuk makan makanan laut. Harga untuk pakej bot sahaja ialah RM 100.00 dn makanan dike;long memang mahal. Kam juga dapat melihat demonstrasi ikan buntal dan beberapa jenis ikan lagi.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pantai. Ditepi pantai kami dapat melihat keindahan pantai dengan pulau-pulau yang menarik. Kami juga ke Ao Nang. Ao Nang memang dipernuhi dengan pelancong dari barat. kami memang sukar untuk mendapatkan makanan Islam di sini.

Pada sebelah malam pula kami ke shopping kompleks untuk membeli barang-barang keperluan. Kami balik ke hotel lewat malam.

14/3/2011
Kami bangun awal untuk menikmati keindahan matahari terbit dimana tempat penginapan kami memang agak sesuai untuk melihatnya. Resort ini memang luas dan dipenuhi dengn berbagai-bagai jenis pokok bunga.

Lepas itu kami k bandar Krabi untuk minum pagi. makanan dihotel tidak terjamin halalnya. Kami singgah disebuah gerai melayu yang menjual roti canai dan laksa. Roti canainya memang sedap walaupun kecil. Begitu juga dengan laksanya.

Kami sekali lagi ke Pantai untuk melihat kawasan jeti yang dipenuhi dengan bot dan feri untuk ke Phuket.Kemudian kami mengisi minyak. harga minyak di sini memang terlalu mahal. Harga seliter ialah 30.99 lebih kurang RM 3.09 untuk RON 95.

Lepas minum pagi kami balik ke Hotel dan pukul sebelah kami check out untuk meneruskan perjalanan ke Phuket. Dalam perjalanan ke Phuket kami singgah di beberapa tempat yang terletak berhampiran lebuhraya untuk ke Phuket. Dalam perjalanan kami langsung tak berjumpa denga kenderaan dari Malaysia kecuali satu kumpulan komvoi kenderaan dari Singapura. Kami juga singgah diplabunhan untuk ke James Bond Island tapi tak sempat untuk ke sana.

Kami singgah untuk minum di point dan sampai dipekan Phuket lebih kurang 3 jam perjalanan dari Krabi. Kami singgah di lapangan terbang Phuket sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Phuket yang terletak hampir 40 km dari pintu masuk ke pulau Phuket.

Kami menginap di Hotel Merlin Phuket dengan kadar RM 200.00 semalam. Selepas check In kami keluar untuk makn tengahari dan kmudiannya kami ke Patong Beach, tempat yang terkenal di Phuket dimana pekannya lebih hebat dari pekan Phuket. Pelancong eropah memang banyak disini dan dilorong-long jalan pada waktu malamnya bertukar menjadi bar dan night club serta tempat unuk mengurut. Hard Rock Cafe juga terdapat di Phuket.Kami balik ke hotel pada pukul 11.00 malam.

15/3/2011
Bangun awal unuk sembahyang subuh. Minum pagi juga awal di hotel. Ada makanan halal tetapi makanan tidak ada banyak pilihan. hari ini kami ke Akuarium dan berada disana selama hampir dua jam. Selepas itu kami ke Zoo Phuket. Harga untuk masuk agak mahal RM 50.00 untuk dewasa tetapi harga untuk w/n hanya RM 15.00

Kami meneruskan perjalanan ke Patong. Sampai disana kami mencari restoran Muslim. Ada dua buah. satu mamak dan satu lagi restoran Arab. Restoran mamak ditutup. kami masuk ke restoran Arab. hanya ada satu kemuarga arab sedang makan. Kami buat pesanan. Antaranya ialah Nasi Arab dan Kabab serta sandwich. Harganya lebih kurang RM 90.00. Memang mahal betul.

Kami melalui Patong Beach. Pantainya memang bersih dikawasan teluk. Tatapi suasananya cukup mengharukan. Beribu-ribu orang eropah sedang berjemur hanya dengan bakini dan seluar dalam ditepi pantai seambil ada yang menikmati urutan Thai. Kami juga sempat untuk membeli cenderahati di kedai cenderahati dan di Hard Rock Cafe Phuket.Lewat petang kami balik ke Hotel dan makn malm di kedai makan berhampiran hotel.

16/3/2011
Pagi ini kami terpaksa check out awal dari hotel kerana kami merangcang untuk balik ke Malaysia melalui Hatyai ke Padang Besar. Perjalanan mungkin mengambil masa 8jam jika cuaca agak baik.

Kami singgah untuk minum pagi dengan nasi ayam ala Thai. rasa macam nasi Briani juga. Lepas minum pagi kami meneruskan perjalanan. Cuaca kurang baik. Hujan di beberapa tempat dalam perjalanan. Kami singgah untuk beli barang kraftangan dan ikan masin dalam perjalanan pulang.

No comments:

Post a Comment